Monday, 24 October 2016

Menuntut ilmu

     Sepanjang hidup ni aku telah melalu Zaman kejahilan yg panjang sehingga la Allah beri hidayah dan taufiknya kepada hambanya ini. Jadi langkah yg perlu aku lakukan pd step penghijrahan ini ialah menuntut ilmu. Kerana dengan cara ini dapat mengeluarkan aku dari kejahilan.
    
     Dalam masa yg sama aku masih menuntut di Universiti. Jadi dalam pemikiran ini ialah berhenti Universiti dan menyambung pengajian agama yg selama ini aku tinggalkan. Tapi ibu dan ayah melarang.

     Langkah yg telah aku pilih ialah istikarah dan berdoa serta menanya pendapat org yg lebih berilmu. Akhirnya Allah telah lalu dan tunjukkan aku jalan.

     Alhamdullah pada 2014 aku telah pergi menuntut ilmu di Pondok Pasir Tumboh, Kelantan pada cuti semester Universiti. Banyak ilmu yg Ku pelajari walaupun sebentar disana. Dengan ilmu yg aku peroleh ini menjadi bekalan aku di luar sana dan proses ini tidak aku hentikan. Malah aku pergi ke mana2 tempat yg mengadakan daurah@talaki kitab.

     Pesan Ku kepada yg membaca tulisan ini kukuhkan ilmu tauhid, fiqah dan tasawuf dlm diri. Belajar ilmu itu perlu step by step, satu2 jgn dlm satu mlm nak pandai semua.

     APA bila anda masuk ke Medan ini ingat lah anda telah masuk ke fasa ke-2 iaitu proses tarbiah. Kerana dengan ilmu ini penyakit2 hati akan dtg kepada anda.

Sekian...

No comments:

Post a Comment