Negara kuasa besar dunia iaitu Amerika seringkali mempromosikan Demokrasi di negara-negara Islam melalui kempen dan dana dari National Endowment for Democracy (NED). Sebenarnya, promosi ini bukanlah kerana untuk menguatkan negara-negara Islam. Bahkan kehancuran yang sangat mengerikan.
Demokrasi hanyalah alat untuk ahli politik merasa terancam dengan perseteruan dalaman. Halatuju politik berubah kepada mesra rakyat.
Francis Fukuyama dan Samuel Huntington yang merupakan pemikir Amerika sangat agresif menganjurkan liberal demokrasi untuk dunia terutamanya dunia Islam. Bukanlah bertujuan untuk mengukuhkan hubungan antarabangsa tetapi untuk kempen New World Order melalui kempen demokrasi politik di Timur Tengah dan mengekalkan hagemoni Amerika.
Oleh demikian, negara-negara yang menumpukan persenjataan dan pemusatan kuasa tentera akan diajak berunding dengan memberi laluan kepada demokrasi. Kesemuanya adalah untuk mengubah haluan negara yang membina kekuatan persenjataan dan ekonomi kepada kekuatan media massa dan media sosial. Lalu, kerajaan akan menyogok rakyat dengan hedonisme dan popularisme berpanjangan.
Hanya negara-negara Islam yang diktator tidak terikut-ikut permainan Amerika ini. Negara-negara diktator kebanyakkan menumpukan kekuatan persenjataan. Negara-negara diktator seperti Iraq, Mesir, Libya, Syria, Indonesia dan Pakistan merupakan negara-negara yang menumpukan kekuatan ketenteraan.
Permasalahan negara-negara yang mempunyai ketenteraan yang kukuh akan cenderung tidak mengikuti Order Amerika. Oleh demikian, negara-negara tersebut perlu dilunakkan dengan tiga cara.
Cara pertama adalah pendekatan demokrasi dengan mewujudkan penentangan dalaman negara sehingga mengakibatkan ketidak percayaan rakyat terhadap kepimpinan negara.
Cara kedua iaitu revolusi rakyat dengan menyokong kemarahan rakyat agar memberi tekanan terhadap negara-negara Islam.
Cara ketiga iaitu pendekatan yang lebih keras dengan menyokong rampasan kuasa di negara-negara diktator. Cara ini dilakukan terhadap Libya, Syria dan Mesir.
Tiga cara inilah yang menggambarkan Arab Spring bermula pada 2010. Bermula dengan Tunisia dengan kemarahan rakyat menjadikan sebab utama kerajaan perlu berundur.
Kemudian, rakyat Mesir pula menentang kerajaan dan presiden Mesir meletak jawatan. Namun, Presiden Mesir Husni Mubarak dengan bijak menyerah kuasa kepada kepimpinan tentera dan demokrasi secara adil dijadikan sandaran untuk memberi laluan kepada Ikhwan Muslimin (IM).
Walaupun demikian, kepimpinan IM di Mesir terus ranap apabila cara ketiga digunakan iaitu rampasan kuasa yang diredhai oleh Amerika dan sekutunya Arab Saudi.
Di Syria, Yaman dan Bahrain telah melalui cara kedua iaitu membangkitkan kemarahan rakyat terhadap kepimpinan negara masing-masing. Namun, cara ini dapat dikawal dan dibendung awal.
Oleh demikian, cara ketiga digunakan dengan rampasan kuasa terutamanya di Syria dan Yaman. Namun, kepimpinan negara di Syria dan Yaman yang kental mengakibatkan peperang menjadi berpanjangan.
Peperangan di Yaman dan Syria menjadi berpanjangan apabila pihak kerajaan dan pemberontak masing-masing mendapat bantuan luar untuk mendapat kekuasaan secepat mungkin. Namun, semuanya tidak berjaya.
Kesemua ini menunjukkan 'Arab Spring' yang dilihat cantik dengan perumpamaan musim bunga sebenarnya adalah malapetaka besar di bumi negara-negara Islam.
Arab Spring masih lagi mengekalkan regim Sekular di Tunisia dan Mesir. Tiada pembaharuan dan masih lagi di takuk yang lama.
Arab Spring menatijahkan kemusnahan besar di Libya, Syria dan Yaman. Arab Spring hanyalah berwajah buruk yang mengerikan.
Tiada keindahan bunga di negara-negara yang mengikuti rentak Arab Spring. Hanya senjata, bom dan tengkorak yang terlihat di wajah Arab Spring. Demokrasi dan revolusi Arab Spring hanyalah permainan kuasa besar yang sangat menyakitkan.
Dr Muhammad Atiullah bin Othman
Akademi al-Ghazali
No comments:
Post a Comment