Thursday, 27 October 2016

BIOGRAFI AL-HABIB ALI ZAENAL ABIDIN BIN ALWY AL-KAFF

Nama Penuh : Ali Zaenal Abidin Bin Alwy Al-Kaff
Tempat Lahir : Kota Palembang, Indonesia.
Tarikh Lahir : 5 Ogos 1987
Status : Berkahwin

*PENDIDIKAN :*
*Peringkat Rendah ;*
1. Madrasah Al-Haromain, Palembang
2. Madrasah Al-Kautsar, Palembang
3. Taman Al-Quran Ar-Royyan, Palembang
4. Madrasah Hidayaturrahman, Tangerang
5. Madrasah Nurul Falah, Tangerang

*Peringkat Tinggi ;*
1. Pondok Pesantren Daarulhabib, Sukabumi Indonesia.
(selama 10 Tahun)
(Mudir : Abuya Al-Habib Naufal bin Abdullah Al-Kaff)

2. Universiti Ahgaff, Hadromawt Yaman.
(4 Tahun)
(Khidmat kepada Prof. Dr. Abdullah bin Muhammad Baharoon - Rector Universiti Ahgaff)

*Guru-guru Beliau di Tarim :*
1. Al-Habib Ali Masyhur
2. Syeikh Muhammad bin Ali Al-Khotib
3. Syeikh Muhammad bin Ali Ba Aidhon
4. Al-Habib Umar ben Hafidz
5. Al-Habib Salim Al-Shatiri
6. Al-Habib Abubakar Masyhur.
7. Al-Habib Abu Bakar bin Smith 
8. Al-Habib Abdullah bin Smith 
9. Dr. Amjad rushdi dari Yordania 
10. Dr. Muhammad al-Aydrus 
11. Dr. Izzudin dari Sudan 
12. Syeikh Amin As-Syinqithi dari Muritania 
13. Dr. Abdurrahman As-Seggaf
14. Dr. Mustafa bin Smith.
Dan banyak lagi...

Tahun 2014 hingga Tahun 2016 :
Menjadi Tenaga Pengajar di
Darul Habib Boarding School,
Sukabumi Indonesia.

*Terkini :*
1. Pendakwah Bebas di Nusantara
(Indonesia, Malaysia, Brunei, Hongkong)

2. Aktif dalam menulis buku sekarang melebihi 15 buku yang dicatat.

3. Penaung/Pembimbing
*Cinta Rasul International Community*

4. Penasehat Majlis Nur Alawiy Nusantara

5. Pimpinan Pondok Ribat Garut

DEMOKRASI DAN KEBANGKITAN RAKYAT HANYALAH ALAT UNTUK MENGHANCURKAN NEGARA-NEGARA ISLAM

Negara kuasa besar dunia iaitu Amerika seringkali mempromosikan Demokrasi  di negara-negara Islam melalui kempen dan dana dari National Endowment for Democracy (NED). Sebenarnya, promosi ini bukanlah kerana untuk menguatkan negara-negara Islam. Bahkan kehancuran yang sangat mengerikan.

Demokrasi hanyalah alat untuk ahli politik merasa terancam dengan perseteruan dalaman. Halatuju politik berubah kepada mesra rakyat.

Francis Fukuyama dan Samuel Huntington yang merupakan pemikir Amerika sangat agresif menganjurkan liberal demokrasi untuk dunia terutamanya dunia Islam. Bukanlah bertujuan untuk mengukuhkan hubungan antarabangsa tetapi untuk kempen New World Order melalui kempen demokrasi politik di Timur Tengah dan mengekalkan hagemoni Amerika.

Oleh demikian, negara-negara yang menumpukan persenjataan dan pemusatan kuasa tentera akan diajak berunding dengan memberi laluan kepada demokrasi. Kesemuanya adalah untuk mengubah haluan negara yang membina kekuatan persenjataan dan ekonomi kepada kekuatan media massa dan media sosial. Lalu, kerajaan akan menyogok rakyat dengan hedonisme dan popularisme berpanjangan.

Hanya negara-negara Islam yang diktator tidak terikut-ikut permainan Amerika ini. Negara-negara diktator kebanyakkan menumpukan kekuatan persenjataan. Negara-negara diktator seperti Iraq, Mesir, Libya, Syria, Indonesia dan Pakistan merupakan negara-negara yang menumpukan kekuatan ketenteraan.

Permasalahan negara-negara yang mempunyai ketenteraan yang kukuh akan cenderung tidak mengikuti Order Amerika. Oleh demikian, negara-negara tersebut perlu dilunakkan dengan tiga cara.

Cara pertama adalah pendekatan demokrasi dengan mewujudkan penentangan dalaman negara sehingga mengakibatkan ketidak percayaan rakyat terhadap kepimpinan negara.

Cara kedua iaitu revolusi rakyat dengan menyokong kemarahan rakyat agar memberi tekanan terhadap negara-negara Islam.

Cara ketiga iaitu pendekatan yang lebih keras dengan menyokong rampasan kuasa di negara-negara diktator. Cara ini dilakukan terhadap Libya, Syria dan Mesir.

Tiga cara inilah yang menggambarkan Arab Spring bermula pada 2010. Bermula dengan Tunisia dengan kemarahan rakyat menjadikan sebab utama kerajaan perlu berundur.

Kemudian, rakyat Mesir pula menentang kerajaan dan presiden Mesir meletak jawatan. Namun, Presiden Mesir Husni Mubarak dengan bijak menyerah kuasa kepada kepimpinan tentera dan demokrasi secara adil dijadikan sandaran untuk memberi laluan kepada Ikhwan Muslimin (IM).

Walaupun demikian, kepimpinan IM di Mesir terus ranap apabila cara ketiga digunakan iaitu rampasan kuasa yang diredhai oleh Amerika dan sekutunya Arab Saudi.

Di Syria, Yaman dan Bahrain telah melalui cara kedua iaitu membangkitkan kemarahan rakyat terhadap kepimpinan negara masing-masing. Namun, cara ini dapat dikawal dan dibendung awal.

Oleh demikian, cara ketiga digunakan dengan rampasan kuasa terutamanya di Syria dan Yaman. Namun, kepimpinan negara di Syria dan Yaman yang kental mengakibatkan peperang menjadi berpanjangan.

Peperangan di Yaman dan Syria menjadi berpanjangan apabila pihak kerajaan dan pemberontak masing-masing mendapat bantuan luar untuk mendapat kekuasaan secepat mungkin. Namun, semuanya tidak berjaya.

Kesemua ini menunjukkan 'Arab Spring' yang dilihat cantik dengan perumpamaan musim bunga sebenarnya adalah malapetaka besar di bumi negara-negara Islam.

Arab Spring masih lagi mengekalkan regim Sekular di Tunisia dan Mesir. Tiada pembaharuan dan masih lagi di takuk yang lama.

Arab Spring menatijahkan kemusnahan besar di Libya, Syria dan Yaman. Arab Spring hanyalah berwajah buruk yang mengerikan.

Tiada keindahan bunga di negara-negara yang mengikuti rentak Arab Spring. Hanya senjata, bom dan tengkorak yang terlihat di wajah Arab Spring. Demokrasi dan revolusi Arab Spring hanyalah permainan kuasa besar yang sangat menyakitkan.

Dr Muhammad Atiullah bin Othman
Akademi al-Ghazali

Cara berubah utk permulaan

Biarlah gambar yg berbicara


Monday, 24 October 2016

Menuntut ilmu

     Sepanjang hidup ni aku telah melalu Zaman kejahilan yg panjang sehingga la Allah beri hidayah dan taufiknya kepada hambanya ini. Jadi langkah yg perlu aku lakukan pd step penghijrahan ini ialah menuntut ilmu. Kerana dengan cara ini dapat mengeluarkan aku dari kejahilan.
    
     Dalam masa yg sama aku masih menuntut di Universiti. Jadi dalam pemikiran ini ialah berhenti Universiti dan menyambung pengajian agama yg selama ini aku tinggalkan. Tapi ibu dan ayah melarang.

     Langkah yg telah aku pilih ialah istikarah dan berdoa serta menanya pendapat org yg lebih berilmu. Akhirnya Allah telah lalu dan tunjukkan aku jalan.

     Alhamdullah pada 2014 aku telah pergi menuntut ilmu di Pondok Pasir Tumboh, Kelantan pada cuti semester Universiti. Banyak ilmu yg Ku pelajari walaupun sebentar disana. Dengan ilmu yg aku peroleh ini menjadi bekalan aku di luar sana dan proses ini tidak aku hentikan. Malah aku pergi ke mana2 tempat yg mengadakan daurah@talaki kitab.

     Pesan Ku kepada yg membaca tulisan ini kukuhkan ilmu tauhid, fiqah dan tasawuf dlm diri. Belajar ilmu itu perlu step by step, satu2 jgn dlm satu mlm nak pandai semua.

     APA bila anda masuk ke Medan ini ingat lah anda telah masuk ke fasa ke-2 iaitu proses tarbiah. Kerana dengan ilmu ini penyakit2 hati akan dtg kepada anda.

Sekian...

Kaki ku di Guangzhou, China

     Ni la first time aku naik flight ke luar negara. Awal2 tu memang teruja. Yela memang hobi kita travel, tiba2 ade org taja apa  lagi pergi je la. First impression aku bila jejakkan kaki di bajingroad(tempat shopping) terkejut tengok.
     Aku ni bukannya kaki shopping tapi bila tengok ramai gila org aku tiba2 senyum sorang2. Lihat gelat2 penjual Kat situ macam bagi pelanggan dtg Kat kedai mereka.
     Dari segi pertukaran matawang kita lagi tinggi dri mereka 100yuen=Rm60 time aku pergi tu bulan3 2016. Harga baju Dan barang memang murah di sana cuma makanan diorang mahal. Sampai berbelas ringgit la kalau aku dengan nak aku bungkus nasi goreng cina.
     Tapi apa pun memang best Kat Sana cuma tak puas sebab tak habis round Kat sana dan x tahu tempat2 yang betul2 murah. Cadangan aku bagi korang yg nak ke Sana tolong servey tempat2 shopping diorang kalau tak korang mesti rasa rugi sebab memang murah.

Saturday, 22 October 2016

Pelihara nafsu

Wahai muslimin tundukkan pandangan mu,
Maka terpelihara separuh dari nafsu mu,
Usah engkau meratah tubuh-tubuh nisa' itu,
Kerna mereka bakal madrasah anak-anak mu.

Adab Hamba dengan Allah

Allah lebih kasih kepada hamba yg meletakkan pengharapan yg bulat hanya kepada Allah, tapi tugas jasad tetap berusaha dan tugas hati meletakkan pengharapan yg tinggi(tawakal) kepada Allah.

(Hikam pertama)
-Ustaz Mokhtar Senik-